KEINDAHAN BAHAN

Bahan baru telah menjadi antara pencapaian terbesar setiap zaman dan menjadi pusat pertumbuhan, kemakmuran, keamanan, dan kualiti hidup manusia sejak awal sejarah. Bahan baru selalu membuka pintu kepada teknologi baru, sama ada dalam bidang kejuruteraan awam, kimia, pembinaan, nuklear, aeronautik, pertanian, mekanikal, bioperubatan atau elektrikal. Teknologi bahan terus berada di barisan hadapan kepada semua teknologi dan bidang sains yang lain. Sains bahan mempengaruhi kehidupan kita setiap kali kita membeli atau menggunakan peralatan, mesin atau struktur yang baru. Definisi bidang akademik Sains & Teknologi Bahan berpunca dari kesedaran mengenai setiap aplikasi bahan: sifat-sifat bahan yang memberikan nilai-nilat tertentu. Setiap bahan dipilih berdasarkan kekuatan, ciri-ciri elektrikal, ketahanan terhadap karat dan panas atau pelbagai sebab lain; tetapi semuanya berkaitan dengan ciri-ciri bahan tersebut. Oleh itu, untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu bahan, program Teknologi Bahan telah memulakan dan mempromosikan ceramah berkaitan APA ITU TEKNOLOGI BAHAN di dalam Facebook dan boleh ditonton oleh semua orang. Ceramah ini dimulakan dengan Ts. Dr Teo Pao Ter dan seterusnya, kesemua pensyarah di bawah Teknologi Bahan akan terlibat dan bercakap berkenaan kepakaran masing-masing. Pensyarah Teknologi Bahan akan memperkenalkan lebih dalam berkenaan bahan bagi membolehkan masyarakat memahami apa itu bahan dalam teknologi.